Home » Info Sukan » Keputusan Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki

Keputusan Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki

Keputusan Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 26 November 2014

Malaysia bakal menempuh jalan lebih sukar dalam misi layak ke peringkat separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 ketika menentang Thailand dalam perlawanan kumpulan B. Tiada pilihan lain untuk layak ke separuh akhir kecuali menumpaskan Singapore dalam perlawanan terakhir.

Malaysia vs Thailand

Dalam pertemuan Malaysia vs Thailand , Harimau Malaya membuat kejutan apabila mendahului pada minit ke-28 hasil jaringan Amri Yahyah. Namun Thailand kembali bangkit  menyamakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi Adisak Kraisorn.

Malaysia kembali mendahului menerusi Safiq Rahim pada minit ke-61 namun Thailand menerusi Charyl Yannic Chappuis menyamakan kedudukan pada minit ke-73. Adisak Kraisorn sekali lagi menghukum pasukan negara apabila menjaringkan gol pada minit minit akhir perlawanan.

Malaysia bakal berdepan Singapore dalam perlawanan terakhir kumpulan B dan perlu menang untuk layak dengan menanti keputusan perlawanan Thailand dan Myanmar.

Ulasan Bawah dari sahabat Blogger Phat.my
Malaysia bermain baik namun nasib tidak menyebelahi mereka, saya yakin Malaysia mampu menewaskan Singapura jika mereka bermain seperti perlawanan menentang skuad gajah putih.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *