Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Malaysia vs Palestine 16 Jun 2015

Keputusan Malaysia vs Palestine 16 Jun 2015

Keputusan Malaysia vs Palestine 16 Jun 2015. Apa sudah jadi kepada pasukan kebangsaan Malaysia apabila mudah diratah oleh pemain Palestine dihalaman sendiri dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Stadium  Nasional Bukit Jalil. Dengan harapan menggunung peminat untuk melihat harimau malaya bangkit setelah sekadar seri dalam perlawanan pertama, musnah dengan aksi longlai pemain.

Tiga gol tercipta dalam setiap babak menceritakan betapa jauhnya tahap persembahan antara kedua pasukan. Palestine membuka jaringan seawal minit ke 8 menerusi pemain pertahanan, Musab Battat sebelum penyerang, Sameh Maraaba, pada minit ke-21 diikuti jaringan ketiga dijaringkan Tamer Seyam, empat minit sebelum babak pertama berakhir.

Separuh masa kedua menyaksikan Palestine terus menguasai permainan dengan pemain Malaysia terus gagal mencari rentak permainan. Palestin menambah jaringan menerusi pemain gantian Khader Abuhammad pada minit ke-62 dan  menjaringkan gol kelima pada minit ke-74, yang juga gol kedua peribadi Sameh Maraaba. Palestin melengkapkan jumlah jaringan menerusi jaringan kedua peribadi Seyam pada minit ke-85.

Keputusan penuh menyaksikan anak buah Dollah Salleh tewas besar 0-6 dihalaman sendiri.

Keputusan Malaysia vs Palestine
Keputusan Malaysia vs Palestine – sumber gambar BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *