Breaking News
Home » Uncategorized » Keputusan Malaysia vs Pakistan Hoki Piala Sultan Johor

Keputusan Malaysia vs Pakistan Hoki Piala Sultan Johor

Keputusan Malaysia vs Pakistan Hoki Piala Sultan Johor 18 Oktober 2014. Pasukan hoki Malaysia gagal mengutip sebarang kemenangan dalam semua perlawanan peringkat round robbin apabila sekadar seri 2-2 dalam perlawanan terakhir berdepan Pakistan.
Dengan keputusan seri ini , Malaysia kekal di tangga ke lima dan bakal berdepan pakistan sekali lagi esok dalam perlawanan penentuan tempat ke 5 dan 6 .
Dalam perlawanan Malaysia vs Pakistan yang berlangsung petang tadi di Stadium Hoki Taman Daya, Pakistan terlebih dahulu mendahului pada minit 17 melalui pukulan penalti corner sebelum Shahril Saabah menyamakan kedudukan melalui gol padang pada minit 31. 
Shahril Saabah Malaysia menjadikan kedudukan 2-1 pada minit 52 hasil pukulan sudut penalti namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Pakistan kembali menyamakan kedudukan pada minit 56 dan keputusan seri 2-2 kekal sehingga tamat permainan. 
MALAYSIA 2 PAKISTAN 2

Hoki Piala Sultan Johor 2014

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *