Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Malaysia vs India Liga Hoki Dunia

Keputusan Malaysia vs India Liga Hoki Dunia

Keputusan Malaysia vs India Liga Hoki Dunia 2015. Impian skuad hoki kebangsaan bimbingan Tai Beng Hai layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2016 terbantut apabila tewas 2-3 ditangan India dalam perlawanan suku akhir di Stadium Hoki KHC Dragons, Belgium.

Dalam perlawanan penting ini, India terlebih dahulu mendahului seawal minit ke 3. Malaysia menyamakan kedudukan di minit akhir suku pertama perlawanan menerusi gol Muhammad Razie Abdul Rahim. Shahril Saabah kemudian menjadikan kedudukan 2-1 selepas menyudahkan set-piece pukulan sudut penalti yang menarik pada minit ke-23.

India menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-48 menerusi pukulan sudut penalti sebelum sekali lagi kira-kira lima minit sebelum tamat permainan untuk kemenangan memihak kepada India dengan keputusan 2-3.

liga hoki dunia
liga hoki dunia

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *