Home » Info Sukan » Keputusan Malaysia vs India 8 April 2015

Keputusan Malaysia vs India 8 April 2015

Keputusan Malaysia vs India 8 April 2015. Setelah tewas dua perlawanan awal, pasukan hoki Malaysia akhirnya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah 2015 apabila mengejutkan pasukan India dengan kemenangan tipis 3-2.

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015
Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Azlan Shah itu menyaksikan Malaysia mendahului seawal minit ke 10 menerusi Faizal Shaari minit ke 10 sebelum India menyamakan kedudukan jaringan menerusi Rupinder Sigh selang 10 minit kemudian.

Haziq Samsul kembali meletakan Malaysia dihadapan dengan gol pada minit 35 namun sekali lagi Rupinder menjaringkan gol penyamaan minit ke 51. Ketika perlawanan menuju minit-minit akhir, Sharun Abdullah menjadi wira Malaysia dengan jaringan kemenangan.

Esok 9 April 2015 , Malaysia bakal berdepan Korea dalam perlawanan keempat pada jam 8.10 malam. Keputusan penuh perlawanan lain dan keputusan sepanjang kejohanan sila rujuk KEPUTUSAN PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2015

 

Check Also

Keputusan Hoki Sultan Azlan Shah 2017

Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2017

Peminat sukan hoki sudah pasti menantikan aksi bertaraf antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah. Kejohanan jemputan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *