Home » Info Sukan » Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017. Saingan bolasepak Sukan Sea Kuala Lumpur ( KL2017 ) bermula hari ini 14.8.2017. Dua perlawanan berlangsung dalam kumpulan A yang turut melibatkan pasukan bawah 23 Malaysia.

keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan SEA 2017
Jaringan Adam Nor Azlin memberikan kemenangan kepada pasukan Malaysia ketika bertemu Brunei dalam acara bolasepak Sukan SEA 2017

Pasukan Malaysia memulakan perlawanan pertama dalam misi mereka memburu pingat emas bertemu Brunei di Stadium Shah Alam. Perlawanan bermula pada jam 8.45 malam turun dihadiri ribuan penyokong skuad Harimau Malaya itu.

Perlawanan yang pada mula dijangka agak mudah bertukar sebaliknya apabila Brunei memberikan tentangan sengit terutama penjaga gol mereka yang bertindak cemerlang menafikan cubaan bahaya pemain Malaysia.

Gol pertama Malaysia dijaringkan seawal minit ke 4 menerusi penyerang Safawi Rasid. Namun Brunei kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 12 menerusi Mohamed Zulkhairy Hady. Keputusan kekal 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menampakan penguasaan pasukan Malaysia namun serangan bertubi-tubi gagal menghasilkan gol sehinggalah jaringan Adam Nor Azlin pada minit ke 60 menerusi tandukan hasil sepakan sudut melegakan penyokong yang hadir.

Keputusan penuh Malaysia 2 Brunei 1. Perlawanan kedua akan berlangsung pada 16 Ogos 2017 menentang Singapore.

Check Also

Live Streaming Malaysia vs Thailand

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017. Hari ini adalah hari yang dinantikan oleh penyokong bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *