Home » Info Sukan » Keputusan Malaysia U19 vs Thailand U19

Keputusan Malaysia U19 vs Thailand U19

Keputusan Malaysia U19 vs Thailand U19. Harapan tinggi yang diletakan kepada pasukan bawah 19 tahun dalam kejohanan AFF Bawah 19 ( AFF U19 Championship ) lebur apabila tewas dalam saingan separuh akhir. Ibarat pasukan yang tidak bermaya, mereka tewas dengan jaringan yang besar.

AFF Championship U19 2015
AFF Championship U19 2015

Kekalahan 0-5 ini menyaksikan pasukan negara hanya akan bersaing dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Pasukan Thailand membuka jaringan pada minit ke 36 dan dua gol lagi pada minit 43 dan minit akhir separuh masa.

Gol keempat pasukan negara Gajah Putih itu hadir seawal minit separuh masa kedua bersambung sebelum gol kelima pada minit 72 untuk melengkapkan kemenangan besar mereka.

MALAYSIA 0 THAILAND 5

Perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga akan berlangsung pada 4 September 2015

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *