Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Liverpool vs Manchester United

Keputusan Liverpool vs Manchester United

Keputusan Liverpool vs Manchester United 22 Mac 2015. Aksi pertembungan dua kelab elit Liga Perdana Inggeris EPL memang dinanti oleh semua peminat kedua kelab popular itu. Pertemuan ini menjadi menarik kerana keputusan boleh merubah nasib Liverpool atau Man Utd dalam saingan musim ini terutama dalam persaingan slot ke eropah.

Juan Mata menjadi wira apabila meledak dua gol membantu Manchester United menewaskan Liverpool 2-1. Daniel Sturridge merapatkan jurang dengan gol pada minit ke-69 namun keputusan kekal sehingga tamat permainan.

Liverpool yang bermain 10 orang selepas aksi separuh masa kedua bermula apabila Steven Gerrard dilayangkan kad merah selepas hanya seminit berada atas padang. Wayne Rooney terlepas peluang menambah gol ketiga selepas penjaga gol, Simon Mignolet menyelamatkan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Dengan kemenangan ini Man Utd selesa mendahului Liverpool dengan 5 mata dengan baki perlawanan liga epl tinggal 8 sahaja lagi.

Keputusan Liverpool v Manchester United - Barclays Premier League
Keputusan Liverpool v Manchester United – Barclays Premier League. Juan Mata ledak dua gol – Foto Reuter

Check Also

EPL 2016-2017

Jadual Carta Keputusan EPL 2016-2017

Jadual Carta Keputusan EPL 2016-2017. Liga paling popular didunia, Liga Perdana Inggeris atau English Premier …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *