Home » Info Sukan » Keputusan Liverpool vs Man City

Keputusan Liverpool vs Man City

Keputusan Liverpool vs Man City 1 Mac 2015. Saingan Liga Perdana Inggeris semakin sengit dengan Liverpool mula kembali mencabar kedudukan empat teratas apabila menewaskan Manchester City di Anfield dengan keputusan 2-1. Dengan kemenangan ini Liverpool naik ke tangga kelima carta.

The Reds mendahului melalui jaringan Jordan Henderson seawal minit ke 11. Namun Man City kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 25 menerusi Edin Dzeko untuk keputusan kekal sehingga tamat separuh masa.

Philippe Coutinho menceriakan penyokong tuan rumah pada minit ke 75 untuk memastikan tiga mata penting milik Liverpool. Ini sekaligus memberikan sedikit keselesaan kepada pendahulu Chelsea apabila pencabar terdekat mereka Man City tewas.

Dibawah adalah carta kedudukan terkini EPL

carta epl terkini
carta epl terkini

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *