Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 7 Februari 2015

Keputusan Liga Super 7 Februari 2015

Keputusan Liga Super 7 Februari 2015. Bermula aksi sebenar Liga Super 2015 dengan lima perlawanan telah berlangsung yang membabitkan pertemuan 10 lagi pasukan dengan perlawanan JDT dan Pahang telah pun berlangsung ketika pertemuan Piala Sumbangsih.

Dibawah adalah keputusan penuh perlawanan yang telah berlangsung.

Lions XII vs PDRM 5-3
Pasukan Lions XII Singapore menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain di tempat sendiri dengan membenam cabaran juara liga perdana musim lalu PDRM dengan keputusan 5-3. Pasukan PDRM seakan gagal menyerap asakan dan mungkin kurang selesa bermain atas padang tiruan apabila dibolosi dua gol pada separuh masa pertama. Gol pertama perlawanan hadir pada minit ke 20 oleh Gabriel Quak dan pada minit 44 oleh Faris Ramli.

Lions XII yang kini dibawah jurulatih Fandi Ahmad, terus menambah jaringan selepas dua minit separuh masa kedua bersambung. Jaringan keempat menerusi Hafiz Sujad pada minit ke-55 sebelum Sahil Suhaimi melengkapkan jumlah jaringan pada minit ke-66.

PDRM seakan kembali mendapat rentak permainan mereka apabila tiga gol hattrik dari pemain import mereka Dramane Traore pada 68, 79 dan 88 namun kebangkitan lewat ini gagal memberi apa – apa makna lagi.

Lain-lain keputusan perlawanan Liga Super 7-2-2015

ATM vs Kelantan 0-2
Kelantan mengatasi ATM di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi ketika mereka terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Brendan Gan terpaksa dikeluarkan ketika Kelantan telah pun menggunakan sepenuhnya kuata 3 pemain simpanan. Gol The Red Warrior dijaringkan oleh Norhazrul pada minit ke 13 dan Erwin Carillo pada minit 62.

Perak vs Sime Darby 2-0
Perak mengatasi Sime Darby pada aksi pertama di gelanggang sendiri hasil jaringan Nurridzuan ( m`29 ) dan Nam Kung Wong ( m`86 )

Terengganu vs Selangor 2-0
Gol Ismail Faruqi dan Gustavo Lopez minit 38 dan 74 membuatkan Selangor pulang dengan tangan kosong.

Felda United vs Sarawak 3-3
Felda United memulakan aksi Liga Super 2015 dengan keputusan seri. Sarawak mendahului tuan rumah seawal minit ke 12 melalui Billy Mehmet sebelum Miladinovic menyamakan kedudukan lima minit sebelum tamat separuh masa. Makeche mengembirakan penyokong Felda United dengan gol kedua dua minit setelah babak kedua bermula sebelum Hairol Mokhtar kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 77.

Lima minit sebelum tamat masa sebenar The Fighter kembali mendahului melalui E.J.Wilson dan ketika kemenangan seakan menjadi milik Felda United FC, Sarawak menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk mengikat kedudukan 3-3.

Jadual Carta keputusan liga super 2015
Liga Super 2015

Check Also

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017. Hari ini berlangsung perlawanan yang ke 22 yang juga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *