Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 6 Ogos 2016

Keputusan Liga Super 6 Ogos 2016

Keputusan Liga Super 6 Ogos 2016. Enam lagi perlawanan Liga Super berlangsung. Pemburuan kejuaraan semakin sengit ketika liga menuju penghujung begitu juga persaingan kelompok bawahan untuk mengelak tergelincir dalam zon penyingkiran.

JDT dan Felda United kita selesa mendahului carta dan boleh dikatakan bersaing dalam memburu kejuaraan. Dengan beza dua mata sahaja, kedua-dua pasukan tidak boleh membuat kesilapan dengan keciciran mata dalam setiap perlawanan.

Perlawanan tumpuan pada hari ini pasti kepada pertemuan di Ipoh yang melibatkan Perak vs JDT. Mampukah The Bos Gaurus mencipta kemenangan sekali lagi ke atas Southern Tigers digelanggang sama dalam saingan Piala Malaysia yang lalu. Pertemuan dalam liga super kali ini mungkin berbeza, menarik untuk diikuti. Perlawanan disiarkan secara langsung di TV3.

Pertembungan Kedah vs Selangor turut menarik yang melibatkan pasukan tangga ketiga dan keempat. Dengan prestasi Selangor yang kurang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan terdahulu, Kedah harus mengambil peluang dan memastikan jurang mata dapat dikurangkan. Perlawanan ini disiarkan secara langsung di TV9.

Liga Super 6.8.2016
Keputusan Liga Super 6.8.2016

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Super 6.8.2016

Stadium Negeri, Kuching
Sarawak vs Pulau Pinang [ 0-2 ]

Stadium Darul Aman, Alor Star
Kedah vs Selangor [ 1-0 ]

Stadium Sultan Muhammad IV
Kelantan vs T-Team [ 2-0 ]

Stadium Perak, Ipoh
Perak vs JDT [ 0-1 ]

Stadium Hang Jebat
PDRM vs Pahang FC [ 1-0 ]

Stadium Tun Abd Razak, Jengka
Felda United vs Terengganu [ 2-2 ]

( fulltime)

Check Also

keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan SEA 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017. Saingan bolasepak Sukan Sea Kuala Lumpur ( …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *