Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 4 Mac 2017

Keputusan Liga Super 4 Mac 2017

Keputusan Liga Super 4 Mac 2017. Hari ini 4.3.2017 lima lagi perlawanan berlangsung. Beberapa perlawanan sudah pasti menjadi tumpuan untuk malam ini.

Liga Super 4 Mac 2017

Perlawanan yang pasti menjadi tumpuan adalah aksi di Stadium MP Selayang yang menyaksikan Selangor bakal berdepan Perak. Dua pasukan yang kini berada dalam prestasi terbaik masing-masing. Perak sudah pasti mahu menebus kekalahan kepada Kelantan sebelum ini manakala Selangor mahu terus cemerlang dengan hanya tewas sekali selepas 7 perlawanan.

Satu lagi pertemuan yang menarik adalah aksi Kedah menentang Melaka di Stadium Darul Aman. Kedah boleh memintas Pahang dikedudukan teratas carta liga super anda menewaskan Melaka kerana Pahang tewas kepada JDT pada aksi semalam. Melaka yang agak kurang konsisten namun dianggap mampu mencalar rekod cemerlang Kedah dihalaman sendiri malam ini.

Pertemuan dua pasukan pantai timur di Kota Bahru juga dijangka menarik. Kelantan yang cemerlang dengan tiga kemenangan ditempat lawan namun tewas 3 aksi di halaman sendiri pasti mahu membuang badi. Rekod di Stadium Sultan Mohammad IV musim ini sangat kurang baik. Mampukah T-Team mengecewakan The Red Warrior di halaman mereka sendiri?

Perlawanan disebelah petang di Stadium Shah Alam akan menyaksikan pertemuan PKNS dan Pulau Pinang. Pasukan tangga tercorot Pulau Pinang berjaya mengutip mata pertama mereka musim ini selepas mengikat Melaka. Adakah PKNS akan menjadi mangsa? Atau PKNS akan kembali mengutip mata setelah agak hambar dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Sementara itu aksi di Stadium Tun Abdul Razak Jengka membabitkan Felda United dan Sarawak akan disiarkan secara langsung menerusi TV9. Felda United perlu bangkit selepas aksi longlai diawal musim untuk. Dua perlawanan di bawah ketua jurulatih baru B Sathianathan, pasukan itu mencatat dua keputusan seri.

KEPUTUSAN LIGA SUPER 4 MAC 2017

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *