Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 3 Ogos 2016

Keputusan Liga Super 3 Ogos 2016

Keputusan Liga Super 3 Ogos 2016. Persaingan kelompok atas liga kini tertumpu kepada JDT dan Felda United berbanding kepada kelompok bawah liga yang melibatkan banyak pasukan. Hari ini berlangsung enam perlawanan lagi dimana ianya merupakan perlawanan ke 16 bagi setiap pasukan.

Perlawanan tumpuan pasti kepada pertemuan The Red Warrior vs The Fighter di Stadium Sultan Muhammad IV. Kelantan kini semakin mendapat sentuhan menerusi jurulatihnya Velinar Popov dengan bermain digelanggang sendiri sedikit kelebihan namun lawan mereka Felda United bukan pasukan biasa, selaku pencabar kejuaraan, mereka tidak boleh tercicir satu mata pun. Perlawanan Kelantan vs Felda United disiarkan secara langsung di TV9.

Pendahulu carta Liga Super, JDT bertandang ke Stadium Bandaraya menentang tuan rumah Pulau Pinang. JDT pasti menurunkan skuad terkuat dalam usaha mereka mengekalkan kedudukan teratas, manakala Pulau Pinang mahu kembali memberikan saingan untuk keluar dari zon penyingkiran liga.

Keputusan Liga Super 3.8.2016
Keputusan Liga Super 3.8.2016

Berikut adalah jadual dan keputusan penuh perlawanan Liga Super 3.8.2016 dengan semua perlawanan bermula jam 9.00 malam kecuali perlawanan Sarawak dan Terengganu pada 8.15 malam.

Stadium Negeri
Sarawak vs Terengganu [ 2-1 ]

Stadium Bandaraya
Pulau Pinang vs JDT [ 1-1 ]

Stadium Sultan Mohammad IV
Kelantan vs Felda United [ 1-1 ]

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
T-Team vs Selangor [ 1-0 ]

Stadium Perak
Perak vs PDRM [ 1-0 ]

Stadium Darul Aman
Kedah vs Pahang [ 1-0 ]

( fulltime)

Check Also

keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan SEA 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017. Saingan bolasepak Sukan Sea Kuala Lumpur ( …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *