Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 28 Februari 2017

Keputusan Liga Super 28 Februari 2017

Keputusan Liga Super 28 Februari 2017. Saingan Liga Super Malaysia Super League diteruskan dengan aksi Sarawak vs JDT dan Pahang vs PKNS FC. Hanya dua perlawanan yang berlangsung dengan bakinya akan berlangsung esok.

Perlawanan Sarawak vs JDT di Stadium Negeri, Kuching berkesudahan dengan pelawat mencatat kemenangan 0-2 mengatasi skuad bujang senang. Kedua gol kemenangan dijaringkan oleh Cabrera satu gol setiap separuh masa.

Liga Super 28.2.2017

Dengan kemenangan ini JDT kini naik ke tangga ketiga carta liga super dengan 11 mata namun masih kurang satu perlawanan.

Perlawanan di Stadium Darul Makmur berkesudahan Pahang sekali lagi menang besar dengan menewaskan PKNS FC 3-0. Gol dijaringkan oleh Joseph Kalang, Alves dan Ashari Samsudin untuk meletakkan Pahang di persada liga Super memintas Kedah yang tidak bermain hari ini.

KEPUTUSAN PENUH
Sarawak 0 JDT 2
Pahang 3 PKNS 0

Check Also

Keputusan Final Piala FA 2017

Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung aksi kemuncak Piala FA Malaysia 2017. Pertemuan Pahang dan Kedah di Stadium …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *