Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 24.9.2016

Keputusan Liga Super 24.9.2016

Keputusan Liga Super 24.9.2016 antara yang akan dinantikan oleh peminat sukan bolasepak Malaysia. Tiada lagi perebutan tangga teratas yang menjadi tumpuan tetapi dua pasukan yang bakal tersingkir akan ditentukan dalam dua perlawanan terakhir liga. Jadi aksi pasukan bawahan akan menjadi menarik dalam usaha mereka kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang adalah antara pasukan yang silap percaturan bakal tersingkir ke Liga Perdana begitu juga dengan PDRM yang tewas kepada Kelantan dalam perlawanan ke 21 mereka pada 23 september. Perak ditangga ketujuh dengan 24 mata agak selamat namun masih boleh dipintas jika tewas dua perlawanan terakhir.

JDT telah pun mengesahkan kejuaraan mereka lebih awal selaku juara Liga Super 2016 manakala Felda United turut selesa ditangga kedua tanpa dapat dipintas oleh mana-mana pasukan lagi. Kedah, Selangor, T-Team dan Kelantan turut telah mengesahkan kekal dalam saingan musim hadapan.

Lima perlawanan Liga Super akan berlangsung pada 24.9.2016 dimana pertemuan Pahang FC dan Pulau Pinang pasti menjadi tumpuan. Kedua-dua pasukan mesti menang untuk memastikan terus kekal. Pahang mampu memintas Penang andai mereka menang di Stadium Darulmakmur. Terengganu yang menduduki tangga kedua tercorot menghadapi tugas berat kerana bakal berdepan Kedah. Jika menang mereka masih ada peluang untuk kekal. Sarawak bakal bertandang ke Jengka berdepan Felda United dalam misi mencari tiga mata penting. Dengan hanya 20 mata ketika ini, mereka hanya berada satu mata diatas Terengganu dan Pulau Pinang serta tiga mata dengan Pahang. Apa pun situasinya, pasukan bawahan harus menang dalam misi untuk kekal dalam saingan Liga Super 2017.

Liga Super 24 September 2016
Liga Super 24 September 2016

Berikut adalah keputusan penuh aksi Liga Super 24 September 2016

Stadium Darul Makmur
Pahang vs Pulau Pinang 1-0

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Terengganu vs Kedah 0-3

Stadium Larkin
JDT vs T-Team 5-1

Stadium Shah Alam
Selangor vs Perak 0-1

Stadium Tun Abd Razak
Felda United vs Sarawak 3-3

Check Also

Keputusan Suku Akhir Piala FA 21 april 2017

Keputusan Suku Akhir Piala FA 21 April 2017

Keputusan Suku Akhir Piala FA 21 April 2017. Saingan semakin menuju ke kemuncak dengan tiga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *