Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 21 Januari 2017

Keputusan Liga Super 21 Januari 2017

Keputusan Liga Super 21 Januari 2017. Saingan kembali untuk Liga Super Malaysia. 5 perlawanan berlangsung pada 21.1.2017 dengan satu perlawanan telah berlangsung semalam membabitkan JDT vs Kedah.

Keputusan Liga Super 21 Januari 2017
Keputusan Liga Super 21 Januari 2017

Untuk perlawanan hari ini perlawanan tumpuan pasti kepada pertembungan di Ipoh membabitkan Perak vs Pahang. Persedian pasukan ini dengan barisan pemain yang ada, pasti mahu dilihat. Adakah pelaburan berbaloi atau setakat gah pada nama.

Perlawanan Selangor vs Pulau Pinang di Stadium Selayang turut mencuri tumpuan. Selangor yang menghadapi masalah pada awal persedian pasukan dengan turut kehilangan ramai pemain utama. Mampukah pasukan Red Giant mengekalkan prestasi dengan barisan pemain yang ada. Pulau Pinang tidak boleh diperkecilkan. Perlawanan ini disiarkan secara langsung di TV9.

Felda United vs PKNS FC di Stadium Tun Abd Razak Jengka turut menarik. Kedua pasukan berstatus kelab yang dikira berjaya dalam saingan Liga Malaysia. Felda United FC adalah naib juara liga super musim lepas harus membuktikan prestasi mereka dengan barisan pemain tempatan dan import yang baru. Mereka juga akan bersaing di pentas AFC, jadi harus membuktikan kemampuan sebenar di liga tempatan. PKNS FC boleh dikatakan sebagai antara pencabar musim ini.

T-Team vs Sarawak di Kuala Terengganu juga menarik. T-Team memiliki barisan pemain muda yang baik manakala Sarawak selaku wakil tunggal borneo harus membuktikan mereka mampu mencipta sesuatu untuk saingan tahun ini setelah agak hambar dalam musim-musim terdahulu. Kembalikan semangat Ngap Sayot.

Manakala perlawanan ni Kota Bahru membabitkan Kelantan vs Melaka ditunda atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Keputusan Liga Super 21 Januari 2017

Stadium Tun Abd Razak
Felda United FC vs PKNS FC [ 1-0 ]

Stadium Perak, Ipoh
Perak vs Pahang [ 1-1 ]

Stadium Selayang
Selangor vs Pulau Pinang [ 2-0 ]

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
T-Team vs Sarawak [ 1-1 ]

Stadium Sultan Mohammad IV
Kelantan vs Melaka ( ditunda )

Keputusan Liga Super 20 Januari 2017
JDT vs Kedah [ 1-1 ]

Untuk mengetahui carta liga , jadual dan keputusan terus ke pautan LIGA SUPER 2017.

Check Also

keputusan Piala Malaysia suku akhir kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua. Debaran pasti dirasai oleh lapan pasukan yang terbabit …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *