Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 21-2-2015

Keputusan Liga Super 21-2-2015

Keputusan Liga Super 21-2-2015. Enam perlawanan berlangsung dengan kejutan dibuat oleh PDRM di Kota Bahru. JDT sekali lagi nyaris tewas di Stadium Shah Alam namun berjaya menyamakan kedudukan untuk mengikat Selangor di Stadium Shah Alam.

Kelantan tewas dihalaman sendiri dengan jaringan yang besar walaupun prestasi dalam dua kemenangan awal sangat menyakinkan. Penyerang import PDRM , Ashfaq Ali meledak dua gol untuk membantu kemenangan 0-4 dihalaman lawan.

Andik Vermansyah menjaringkan gol seawal minit pertama perlawanan yang juga gol terawal Liga Super musim ini untuk Selangor mendahului pada separuh masa sebelum Luciano Figueroa pada minit ke 62 menyamakan kedudukan yang kekal sehingga tamat perlawanan.

Felda United pula mencatat kemenangan kedua dan mengumpul 7 mata dari tiga perlawanan untuk merampas pendahulu liga buat ketika ini. Felda United FC membuka jaringan menerusi Edward Wilson pada minit ke 15 sebelum menambah jaringan menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-28. ATM merapatkan jurang menerusi Norsaharul Idlan Talaha pada minit ke 35 namun selepas itu tiada sebarang jaringan dari kedua-dua pasukan.

Paulo Rangel membuktikan bahawa dia penyerang berkualiti apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Terengganu menewaskan Sime Darby 2-1. Gol Sime Darby dijaringkan oleh Nemanja Vidakovic.

Perak dan Lions XII sekadar mencatat keputusan seri 2-2 di Ipoh. Lions XII membuka tirai jaringan menerusi Khairul Amri Kamal seawal minit keempat namun Perak menyamakan kedudukan menerusi Chad Souza pada minit ke 26. Jaringan pemain import dari Korea Selatan, Namkung Wong pada minit ke 49 meletakan pasukan Seladang itu didepan buat sementara sebelum pasukan dari seberang tambak Johor itu menyamakan kedudukan minit 68.

Perlawanan Sarawak dan Pahang sekadar berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

KEPUTUSAN LIGA SUPER 21-2-2015
Selangor 1 JDT 1
Sarawak 0 Pahang 0
Terengganu 2 Sime Darby 1
Felda United 2 ATM 1
Perak 2 Lions XII 2
Kelantan 0 PDRM 4

Jadual Carta keputusan liga super 2015
Liga Super 2015

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *