Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 18 Mei 2016

Keputusan Liga Super 18 Mei 2016

Keputusan Liga Super 18 Mei 2016. Enam perlawanan akan berlangsung dimana ianya akan melengkapkan jadual pusingan pertama liga. Beberapa perlawanan pasti mencuri tumpuan terutama perlawanan pasukan bawahan liga dalam misi memburu kedudukan ke 11 carta untuk layak ke Piala Malaysia 2016.

keputusan liga super 18 mei 2016
keputusan liga super 18 mei 2016

Pahang mencari kemenangan namun mungkin sedikit sukar berdepan JDT di Larkin untuk memastikan kedudukan selesa ke Piala Malaysia. Begitu juga Pulau Pinang dan Sarawak yang bergelut memastikan kedudukan kerana mereka kini berkongsi mata dan berada dalam dua pasukan tercorot. Keputusan malam ini akan menentukan slot mereka ke Piala Malaysia.

Felda United memerlukan kemenangan ketika bertandang ke Stadium Bandaraya tatkala lawan mereka turut memerlukan kemenangan penting malam ini. JDT pula berdepan Pahang turut mahu memastikan kemenangan selesa untuk terus menekan Felda United selaku pendahulu dan boleh memintas andai Felda tewas atau seri.

Di Kuala Terengganu juga akan menyaksikan perlawanan menarik T-Team berdepan Terengganu. Mahu tidak mahu tiada istilah abang dan adik kerana T-team kini dalam prestasi terbaik manakala Terengganu perlu menang untuk memperbaiki kedudukan setelah agak kurang konsisten dalam perlawanan terdahulu.

Berikut adalah keputusan perlawanan yang berlangsung pada 18.5.2016

JDT vs Pahang FC 3-0
Pulau Pinang vs Felda United 1-2
Kedah vs PDRM 2-0
Sarawak vs Perak 3-2
T-Team vs Terengganu 0-0
Selangor vs Kelantan 0-0

** keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa **

Perlawanan Selangor vs Kelantan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3  manakala Kedah menentang PDRM secara langsung di TV9 , tontonan secara live streaming terus sahaja ke portal tonton.com.my

Klik untuk CARTA LIGA SUPER 2016 TERKINI

Check Also

keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan SEA 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017. Saingan bolasepak Sukan Sea Kuala Lumpur ( …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *