Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 18 Februari 2017

Keputusan Liga Super 18 Februari 2017

Keputusan Liga Super 18 Februari 2017. Persaingan sengit diawal musim 2017 yang membabitkan semua pasukan. 5 perlawanan lagi akan berlangsung malam ini dengan beberapa perlawanan akan menjadi tumpuan.

Keputusan liga super 18 Februari 2017

Perlawanan tumpuan sudah pasti kepada pertemuan di Stadium Perak, Ipoh yang membabitkan Perak vs JDT. Aksi yang pernah dicemari insiden panas yang membabitkan penyokong pada tahun lalu. Namun diatas padang sudah pasti berbeza. Kedua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing. Perak kini menduduki tangga ketiga carta Liga Super 2017 dengan tujuh mata manakala JDT ditangga ketujuh dengan 5 mata namun kurang satu perlawanan. Perlawanan ini disiarkan secara langsung di TV9.

Satu lagi perlawanan tumpuan adalah aksi pertama Kelantan selaku tuan rumah musim ini di Kota Bahru menentang Kedah. Bagi Kelantan ini merupakan perlawanan ketiga mereka musim ini namun dengan dua kemenangan dihalaman lawan sebelum ini meletakan The Red Warrior ditangga kelima dan harus digeruni. Kedah pula kini gah mendahului carta liga dengan lapan mata hasil 2 kemenangan dan 2 seri. Namun tiada siaran langsung untuk perlawanan ini.

Berikut adalah jadual perlawanan dan keputusan Liga Super 18 Februari 2017.

Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu
Kelantan vs Kedah [ 0-1 ]

Stadium Perak, Ipoh
Perak vs JDT [ 2-1 ]

Stadium Sultan Ismail Nassiruddin Shah
T-Team vs PKNS FC [ 2-2 ]

Stadium Negeri, Kuching
Sarawak vs Melaka [ 0-1 ]

Stadium Darul Makmur, Kuantan
Pahang vs Pulau Pinang [ 6-1 ]

Keputusan Liga Super 17.2.2017
Stadium MP Selayang
Selangor vs Felda United [ 3-1 ] fulltime

Keputusan Liga Super 18 Februari 2017 akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang perlawanan.

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *