Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 14 Februari 2015

Keputusan Liga Super 14 Februari 2015

Keputusan Liga Super 14 Februari 2015. Berikut adalah keputusan lima perlawanan Liga Super 2015 yang telah berlangsung pada 14-2-2015. Perlawanan semalam menyaksikan Perak mencatat kemenangan kedua mereka untuk mendahului carta liga dan kejutan PDRM di Stadium Shah Alam menewaskan JDT.

Turut mencatat kemenangan adalah Felda United FC yang menewaskan Sime Darby dan ini merupakan kemenangan pertama mereka setelah perlawanan pertama sekadar mencatat keputusan seri. Dengan kemenangan ini meletakkan The Fighther berada di kedudukan kedua liga buat masa ini. Tiga gol skuad The Fighters dijaringkan oleh Ahmad Syamim Yahya pada minit ke 12, Makeche Ndumba minit 15 dan kapten pasukan Shukor Adan pada minit ke 77.

Terengganu tewas kepada pasukan Sarawak di Kuching. Skuad bujang senang yang sekadar seri menentang Felda United pada perlawanan pertama , menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain di halaman sendiri untuk mengatasi skuad penyu. Dua gol awal Sarawak pada minit ketiga dan kelima oleh Billy Mehmet Osman dan Ashri Chuchu menyentap pasukan pantai timur itu sebelum Paul Rangel merapatkan jurang pada minit ke 14. Gol ketiga Sarawak dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie.

Penyerang import PDRM, Mohamadou Sumareh muncul wira dengan jaringan tunggal pada lewat babak permainan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0. Pertemuan Pahang dan Selangor sekadar berkesudahan dengan keputusan seri.

Jadual Carta keputusan liga super 2015
Liga Super 2015

Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super

Pahang 1 – 1 Selangor
ATM 0 – 2 Perak
Sime Darby 0 – 3 Felda United
Sarawak 3 – 1 Terengganu
PDRM 1 – 0 Johor DT

Satu lagi perlawanan yang membabitkan Kelantan vs Lions XII ditunda dan akan diadakan pada 15-2-2015.

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *