Home » Info Sukan » Keputusan Liga Super 1 Mac 2017

Keputusan Liga Super 1 Mac 2017

Keputusan Liga Super 1 Mac 2017. Empat perlawanan akan berlangsung pada 1.3.2017 yang turut membabitkan beberapa perlawanan tumpuan.

keputusan Liga super 1.3.2017

Perlawanan tumpuan sudah pasti perlawanan di Stadium MP Selayang yang membabitkan Selangor vs Kedah. Dua pasukan yang kini berada top 4 carta liga super 2017. Kedah memerlukan kemenangan untuk kembali ke puncak liga manakala Selangor berpeluang mengatasi Kedah jika menang.

Siaran langsung Selangor vs Kedah disiarkan secara langsung di TV9.

Satu lagi perlawanan yang pasti mencuri tumpuan adalah aksi di Ipoh yang membabitkan Perak vs Kelantan. Dengan Perak kini bersama ketua jurulatih baru dan antara pasukan konsisten setakat ini pasti tugas sukar buat Kelantan. Apa lagi malam ini perlawanan akan berlangsung di tempat lawan dengan Kelantan telah tewas 3 perlawanan berturut-turut sebelum ini dalam saingan Liga Super.

Siaran langsung Perak vs Kelantan disiarkan secara langsung di TV3.

Dua lagi perlawanan adalah perlawanan T-Team vs Felda United di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Felda memerlukan kemenangan untuk kembali bangkit setelah aksi longlai hinggi kini terperosok di kedudukan dasar liga. Perlawanan di Stadium Batu Kawan turut menarik dengan Pulau Pinang vs Melaka United. Pulau Pinang masih gagal mencapai sebarang mata dalam saingan musim ini.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Super 1.3.2017
[supsystic-tables id=’6′]

Check Also

keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan SEA 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017

Keputusan Malaysia vs Brunei Bolasepak Sukan Sea 2017. Saingan bolasepak Sukan Sea Kuala Lumpur ( …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *