Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Liga Perdana Malaysia 6 Februari 2015

Keputusan Liga Perdana Malaysia 6 Februari 2015

Keputusan Liga Perdana Malaysia 6 Februari 2015. Hari ini bermula saingan Liga Malaysia dengan enam perlawanan Liga Premier atau Liga Perdana. Empat perlawanan berlangsung pada sebelah petang dan dua lagi perlawanan pada sebelah malam.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Perdana yang telah berlangsung.

Kuala Lumpur mln Sabah 0-2

PKNS FC mln T-Team 2-0

UiTM FC mln JDT II 1-2

DRB-Hicom mln N Sembilan 1-3

P Pinang mln Kuantan FA 1-0

Kedah mln KL SPA 5-1

Kedah , Sabah , NS Matrix , JDT II , PKNS dan Pulau Pinang mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama Liga Perdana Malaysia. Paling mencuri tumpuan adalah pasukan Kedah yang menang besar 5-1 mengatasi KL SPA. Dalam perlawanan yang berlangsung di Alor Star, Mohd Hanif Mat Dzahir membuka tirai jaringan untuk Kedah pada minit ke-23 dan kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Pasukan Jelapang padi itu mengandakan serangan dan berjaya menambah lagi empat gol melalui penyerang import, Keith Murtu Nah pada minit ke-48 dan 60 sebelum Baddrol Bakhtiar menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-61 serta Chidi Edeh pada minit 90. KL SPA menjaringkan gol pada minit 68 melalui Michael Chukwubunna.

NS Matrix memulakan saingan Liga Premier 2015 dengan melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas DRB Hicom FC di Stadium Hang Jebat, Melaka. Skuad hoben jang hoben itu bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal Mohd Fakrul Aiman Sidid pada minit ke 17 sebelum bangkit meledak tiga gol menerusi Jean Alexandre pada minit ke 18, Francis Forkey Doe minit 51 dan G Puaneswaran pada minit ke 78.

Bekas pemain Liverpool dari Senegal , El Hadji Diouf meletakkan namanya sebagai penjaring pertama buat Sabah musim ini dengan menyudahkan sepakan penalti selepas Leopold Alfonso dijatuhkan Jihad Ismail. Gol kedua Sabah dijaringkan oleh Safuan Adli selepas 10 minit separuh masa kedua bersambung.

 

liga perdana malaysia 2015
liga perdana malaysia 2015

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *