Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Liga Perdana 3 April 2015

Keputusan Liga Perdana 3 April 2015

Keputusan Liga Perdana 3 April 2015. Aksi Liga Malaysia kembali setelah berehat panjang dengan perlawanan Liga Perdana atau Malaysia Premier League. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan carta sangat sengit. Belum nampak lagi pasukan yang benar-benar mampu menguasai liga dengan persembahan konsisten.

Keputusan Liga Perdana 2015
Liga Perdana 2015

Tiga perlawanan berlangsung pada sebelah petang manakala tiga lagi akan berlangsung pada sebelah malam. Tiada siaran langsung di televisyen, harap maklum.

KEPUTUSAN PERLAWANAN
Kuala Lumpur vs Kedah 0-1
PKNS FC vs NS MAtrix 1-1
Uitm FC vs KL SPA 3-1
Kuantan FA vs DRB-Hicom 2-1
T-Team vs Sabah 4-3
Pulau Pinang vs JDT II 2-1

Perlawanan tumpuan pasti kepada pertemuan Pulau Pinang dan JDT II dimana pemenang mampu melonjakan kedudukan dalam carta liga begitu juga pertemuan pendahulu Liga Perdana Sabah menentang T-Team.

Dalam perlawanan sebelah petang, Kedah kembali menemui kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur 0-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Uitm mencatat kemenangan ketiga mereka pada musim ini apabila menewaskan pasukan tangga tercorot liga iaitu KL-SPA 3-1. Dengan kemenangan ini Uitm Fc mengumpulan 9 mata dan kembali bersaing dalam kelompok atas liga.

Pasukan NS Matrix terus gagal menunjukkan aksi terbaik mereka apabila sekadar mampu seri 1-1 ketika menentang PKNS FC di Stadium MBPJ Kelana Jaya. Keputusan ini pasti akan meletakan kedudukan NS Matrix akan terus tercicir andai DRB-Hicom mampu menewaskan Kuantan FA malam ini.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *