Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Liga Perdana 26 April 2015

Keputusan Liga Perdana 26 April 2015

Keputusan Liga Perdana 26 April 2015. Cuma dua perlawanan Liga Perdana atau Malaysia Premier League berlangsung pada hari ini. Dua perlawanan yang dijangka menarik membabitkan pertemuan DRB Hicom vs Pulau Pinang dan NS Matrix vs JDT II.

Keputusan Liga Perdana 2015
Liga Perdana 2015

KEPUTUSAN PERLAWANAN
NS Matrix 2 JDT II 1
DRB Hicom 1 Pulau Pinang 1

Dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi NS Matrix kembali menemui rentak kemenangan apabila menewaskan JDT II dengan keputusan 2-1. Dua gol tuan rumah dijaringkan oleh Francis Forkey Doe minit 42 dan Jean Alexandre minit 62. Gol pasukan pelawat dijaringkan oleh Nicolas Delmonte minit 44.

Sementara itu di Stadium Hang Jebat, Melaka , DRB Hicom mengikat Pulau Pinang untuk keputusan seri 1-1. Tuan rumah mendahului seawal minit ke 10 nenerusi gol Ahmad Aminuddin Shaharudin sebelum penalti Lee Gil-Hoon pada minit 64 menjadikan kedudukan sama sehingga tamat perlawanan.

Check Also

keputusan liga perdana 4 ogos 2017

Keputusan Liga Perdana 4 Ogos 2017

Keputusan Liga Perdana 4 Ogos 2017. Enam perlawanan lagi berlangsung dimana ini merupakan perlawanan ke …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *