Home » Info Sukan » Keputusan Liga Perdana 13 Februari 2015

Keputusan Liga Perdana 13 Februari 2015

Keputusan Liga Perdana 13 Februari 2015. Enam perlawanan Liga Premier atau Malaysia Premier League telah berlangsung. Ini merupakan perlawanan kedua bagi setiap pasukan. Keputusan perlawanan pertama rujuk disini. Dua perlawanan berlangsung pada sebelah petang dan empat lagi pada sebelah malam.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan 13-2-2015.

KL SPA FC  1 JDT (II) 5
JDT II mencatat kemenangan besar keatas KL SPA dalam perlawanan yang bermula jam 4.45 petang tadi. Gol pembukaan dijaringkan oleh Leandro pada minit 33. Tiga gol hatrick turut disumbang oleh penyerang Shafiq pada minit 45, 63 dan 82. Seorang lagi pemain import iaitu Delmonte turut menyumbang gol pada minit 79. Gol tunggal SPA hanya hadir pada masa kecederaan minit ke 93 oleh Chukwubunna.

Kuala Lumpur 2 PKNS 1
Pasukan Kuala Lumpur bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan PKNS FC 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Uitm. Gonzalo Manuel Soto menjaringkan gol sebelum separuh masa pertama berakhir untuk PKNS mendahului. Separuh masa kedua menyaksikan Kuala Lumpur kembali bangkit untuk menjaringkan dua gol menerusi Kalle Sone Mosue dan Choi Hyun Yeon.

Sabah 3 DRB Hicom 2
Bekas pemain Senegal dan Liverpool El Hadji Diouf sekali lagi menjaringkan gol dan membantu Sabah mengatasi DRB Hicom 3-2. Lain-lain penjaring gol Sabah adalah Azizan Nordin dan Shafuan Adli.

Kuantan 2 Kedah 2

NS Matrix 2 Uitm 0
Forkey Doe terus menunjukan prestasi terbaiknya dengan menjaring dua gol untuk membolehkan NS Matrix mencatat kemenangan kedua mereka.

 T-Team 0 Pulau Pinang 0

Liga Perdana 2015
Liga Perdana 2015

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *