Home » Info Sukan » Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei

Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei

Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei. Hari ini 27 April 2015 segala tanda tanya terjawab apabila BWF telah pun mengumumkan keputusan pengadilan kes doping Datuk Lee Chong Wei atas kesalahan penggunaan bahan terlarang ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos 2014.

Keputusan kes doping Lee Chong Wei
Keputusan kes doping Lee Chong Wei

Keputusan BWF menyaksikan Lee Chong Wei digantung lapan bulan atas kesalahan itu. Namun pengantungan itu bermula dari 30 Ogos 2014 dan ini menyaksikan tarikh tamat pengantungan adalah pada 30 April 2015. Keputusan ini dibuat setelah tiga ahli panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mengadili sesi pendengarannya di Amsterdam, Belanda, 11 April 2015.

Dengan pengantungan akan tamat beberapa hari lagi, Lee Chong Wei telah boleh menarik nafas lega untuk kembali beraksi dalam misi mengumpul mata untuk layak ke olimpik 2016. Selain itu membolehkan dia beraksi untuk skuad negara pada kempen Piala Sudirman yang mana tarikh tutup pendaftaran pemain akan berakhir jam 12 tengah malam ini.

Ranking LCW kini semakin menjunam kepada kedudukan 30 dunia akibat pengantungan dan harus segera bangkit mengumpul mata untuk Sukan Olimpik yang akan mula dikira bermula 2 Mei 2015.

Selamat kembali dan berjuang Lee Chong Wei.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *