Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Kelantan vs Sime Darby 25 Julai 2015

Keputusan Kelantan vs Sime Darby 25 Julai 2015

Keputusan Kelantan vs Sime Darby 25 Julai 2015. Aksi Liga Super yang tertunda pada bulan ramadhan lalu yang membabitkan pasukan Kelantan dilangsungkan malam ini dengan perlawanan menentang Sime Darby di Stadium Sultan Muhamad IV.

Kelantan vs Sime Darby 25 Julai 2015
Kelantan vs Sime Darby 25 Julai 2015

Kedua-dua pasukan mencari kemenangan dalam misi memperbaiki kedudukan carta liga terutama Sime Darby yang kini menduduki tangga tercorot manakala Kelantan turut  berada dalam kelompok pasukan bawahan.

Dalam perlawanan ini, Kelantan gagal menggunakan kelebihan bermain dihadapan penonton sendiri apabila sekadar mampu seri 2-2 berdepan pasukan pelawat. Dengan keputusan ini Kelantan yang terus berada di tangga keempat terbawah senarai liga daripada 12 pasukan hasil mengumpul 15 mata.

Amir Rizwan Taj membuka jaringan buat Kelantan pada minit ke-5 sebelum Nemanja Vidakovic berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-23. Memasuki separuh masa kedua, Reinaldo da Costa meletakan Sime Darby dihadapan namun Gilmar da silva kembali mengikat kedudukan pada minit ke 72. Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

foto hakmilik BH Online

Check Also

keputusan Piala Malaysia 1 ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017

Keputusan Piala Malaysia 1 Ogos 2017. Enam lagi perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung. Hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *