Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Kelantan vs Lions XII 15-2-2015

Keputusan Kelantan vs Lions XII 15-2-2015

Keputusan Kelantan vs Lions XII 15-2-2015. Malam ini telah berlangsung perlawanan Liga Super 2015 yang membabitkan pasukan Kelantan dan Lions XII di Kota Bahru. Perlawanan yang sepatutnya dijadualkan semalam ditangguh hari ini atas menghormati pemergian bekas Menteri Besar Kelantan. Dalam perlawanan ini , The Red Warriors menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain di halaman sendiri untuk membenam cabaran pasukan seberang tambak itu.

Kemenangan 2-0 keatas lawan di Stadium Sultan Mohammad IV merupakan kemenangan kedua Kelantan sekaligus berkongsi kedudukan teratas carta Liga Super 2015 bersama pasukan Perak. Pemain import, Jonathan McKain menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke 6 separuh masa pertama. Gol ledua Kelantan hadir melalui sepakan percuma kapten mereka , Mohd Badhri Radzi atau Piya dua minit sebelum separuh masa tamat dan kedudukan kekal sehingga wisel penamat.

Kelantan akan menentang PDRM pada perlawanan ketiga mereka pada 21 Februari manakala Lions XII akan menentang Perak.

Keputusan perlawanan yang berlangsung pada 14 februari 2015

Jadual Carta keputusan liga super 2015
Liga Super 2015

Check Also

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017

Keputusan Liga Super 28 Oktober 2017. Hari ini berlangsung perlawanan yang ke 22 yang juga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *