Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Kelantan vs Lions Final Piala FA 2015

Keputusan Kelantan vs Lions Final Piala FA 2015

Keputusan Kelantan vs Lions Final Piala FA 2015. Berakhir sudah saingan perlawanan akhir Piala FA 2015 antara Kelantan vs Lions XII. Nampaknya kali ini piala akan menyeberangi Selat Tebrau kerana Lions berjaya menewaskan Kelantan dengan keputusan 3-1.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil , Lions mendahului seawal minit ke 6 menerusi Faris Ramli sebelum Wan Zack Haikal menyamakan kedudukan pada minit ke 61. Namun pasukan seberang tambak itu kembali didepan menerusi jaringan minit ke 80 oleh Shahil Suhaimi sebelum beliau sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan untuk melengkapkan malam gemilang Lions memenangi Piala FA buat pertama kali.

Keputusan Kelantan vs Lions Final Piala FA
Keputusan Kelantan vs Lions Final Piala FA – Gambar BH Online

KEPUTUSAN PENUH

KELANTAN 1 LIONS 3

Check Also

Keputusan Final Piala FA 2017

Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung aksi kemuncak Piala FA Malaysia 2017. Pertemuan Pahang dan Kedah di Stadium …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *