Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Juventus vs Real Madrid Semifinal UCL

Keputusan Juventus vs Real Madrid Semifinal UCL

Keputusan Juventus vs Real Madrid Semifinal UCL. Kelab Serie A Itali , Juventus menggunakan kelebihan bermain dihalaman sendiri di Turin apabila menewaskan juara bertahan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara atau UEFA Champions League UCL.

Carlos Tevez bantu Juventus tewaskan Real Madrid
Carlos Tevez bantu Juventus tewaskan Real Madrid

Juventus mendahului pada minit ke sembilan menerusi penyerang Alvaro Morata sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan pada minit ke 27. Namun pengadil menghadiahkan Juventus sepakan penalti yang disempurnakan oleh Carlos tevez untuk memberikan pasukan itu bekalan satu gol untuk pertemuan separuh akhir kedua nanti.

Juventus bakal bertandang ke Santiago barnebue pada pada 13 Mei 2015 untuk berdepan Real Madrid dalam separuh akhir kedua yang dijangka satu perlawanan sukar.

Untuk rekod kali terakhir Juventus menjuarai UEFA Champions League adalah pada tahun 1996.

Satu lagi perlawanan separuh akhir akan berlangsung awal pagi ini iaitu perlawanan Barcelona vs Bayern Munich.

Check Also

UEFA CHAMPIONS LEAGUE UCL

Keputusan UCL Liga Juara-Juara Eropah 15 September

Keputusan UCL Liga Juara-Juara Eropah 15 September. Saingan peringkat kumpulan bolasepak eropah UEFA Champions League …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *