Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan JDT vs Kitchee SC Piala AFC

Keputusan JDT vs Kitchee SC Piala AFC

Keputusan JDT vs Kitchee SC Piala AFC 17 Mac 2015. JDT gagal meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan F Piala AFC apabila tewas 2-0 kepada kelab dari Hong Kong Kitchee SC. Perlawanan berlangsung di Stadium Mongkok.

Dua gol Kitchee SC dijaringkan oleh dua pemain import dari Sepanyol iaitu Juan Belencoso pada minit ke-26 dan Jordi Tarres Paramo pada minit ke-34. Dengan kekalahan ini , JDT kini berada di tangga kedua kumpulan dengan enam 6 manakala Kitchee mendahului dengan tujuh mata. Kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi untuk perlawanan keempat kumpulan pada 14 april 2015, di Larkin.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan F, Balestier Khalsa meraih kemenangan pertama selepas tiga perlawanan dengan mengalahkan East Bengal 2-1 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura.

CARTA KEDUDUKAN KUMPULAN F ( selepas tiga perlawanan )

carta piala afc kumpulan G terkini

Satu lagi wakil Malaysia dalam saingan AFC Cup , Pahang bakal berdepan South China di Kuantan pada 18 Mac 2015, saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi TV9 dan Live Streaming.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *