Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Keputusan JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Keputusan JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017. Perlawanan pembukaan Liga Malaysia menyaksikan perebutan Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai Piala Sumbangsih. Perlawanan membabitkan juara liga super JDT menentang Kedah selaku juara Piala Malaysia 2016.

Perlawanan Piala Sumbangsih yang berlangsung di Stadium Larkin ini turut diambil kira sebagai perlawanan Liga Super 2017. Selain piala, 3 mata liga turut dicari oleh Kedah dan JDT.

Keputusan JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017
Keputusan JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Sepanjang separuh masa pertama menyaksikan perlawanan yang sengit antara kedua pasukan dengan beberapa insiden kekasaran yang membawa kepada kad kuning dan merah. S Kunalan menerima kad merah pada minit-minit akhir separuh masa pertama selepas dua kad kuning.

Namun pada minit ke 4o JDT terlebih dahulu dihadapan hasil sepakan penalti yang diambil oleh kapten pasukan Safiq Rahim.

Kedah menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi kapten pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke 63. Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan untuk kedua pasukan mengutip 1 mata dalam saingan Liga Super. Penentuan pemenang Piala Sumbangsih terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang berkesudahan dengan keputusan 4-5 untuk menjadi juara.

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH
JDT [ 1 ] – [ 1 ] KEDAH
Shafiq Rahim ( m`40 )
Baddrol Bakhtiar ( m`63 )
( fulltime )

Sepakan Penalti 4-5 Kedah Juara Piala Sumbangsih

Perlawanan JDT vs Kedah turut disiarkan secara langsung menerusi TV3

gambar kredit to Johor Southern Johor

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *