Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan JDT vs Bengaluru FC

Keputusan JDT vs Bengaluru FC

Keputusan JDT vs Bengaluru FC. Pasukan JDT menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain ditempat sendiri apabila berjaya menewaskan kelab dari India, Bengaluru FC dalam perlawanan playoff AFC Champions League atau Liga Juara-Juara AFC 2015.

Perlawanan  berkesudahan tanpa sebarang jaringan sehingga tamat separuh masa pertama. Namun JDT mendahului sebaik babak kedua bermula hasil jaringan Hariss Harun pada minit ke 46 menerusi tandukan. Selepas itu JDT mempunyai beberapa peluang terutama menerusi tandukan Safiq Rahim dan sepakan percuma Mohd Nazrin Mohd Nawi namun gagal menghasilkan gol.

Ketika perlawanan seakan memihak JDT , pasukan pelawat Bengaluru FC menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan menerusi Sunil Chhetri dan memaksa perlawanan berlarutan ke masa tambahan. Perlawanan masa tambahan ternyata berpihak kepada Harimau Selatan apabila sepakan leret S Chanthuru pada minit ke 97 masa tambah meledakkan gol kemenangan kepada tuan rumah.

Keputusan JDT vs Bengaluru FC
JDT mengatasi Bengaluru 2-1 dalam aksi playoff AFC Champions League yang berlarutan ke masa tambahan

Check Also

JDT vs Gamba Osaka

Live Streaming Siaran Langsung JDT vs Gamba Osaka

Live Streaming Siaran Langsung JDT vs Gamba Osaka. Hari ini 7.2.2017 pasti hari yang dinantikan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *