Home » Info Sukan » Keputusan JDT vs Bangkok Glass FC

Keputusan JDT vs Bangkok Glass FC

Keputusan JDT vs Bangkok Glass FC. JDT gagal meneruskan kemaraan mereka dalam pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Asia atau AFC Champions League 2015 ACL apabila tewas 0-3 kepada kelab Thailand Bangkok Glass FC. Perlawanan berlangsung di Stadium Leo, Bangkok.

Gol kemenangan Bangkok Glass FC dijaringkan oleh Narong Jansawek pada minit ke-28 serta dua gol daripada Lazarus Kaimbi pada minit ke-52 dan 62. Pada perlawanan kelayakan pusingan pertama JDT menewaskan Bengaluru FC 2-1 di Larkin.

Kekalahan ini akan menyaksikan JDT sekadar layak beraksi dalam kumpulan F saingan Piala AFC bersama Kitchee FC dari Hong Kong, East Bengal dari India dan Balestier Khalsa dari Singapura.

Selain JDT, Pahang turut akan bermain dalam Piala AFC dan diundi bersama Global FC dari Filipina, Yadanarbon dari Myanmar serta wakil Hong Kong, South China.

Piala AFC merupakan saingan kedua kelab-kelab Asia selepas AFC Champions League dan akan bermula pada 24 Februari 2015.

AFC Champions League 2015
AFC Champions League ACL

Check Also

Keputusan JDT vs Bengaluru FC

Keputusan JDT vs Bengaluru FC

Keputusan JDT vs Bengaluru FC. Pasukan JDT menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain ditempat sendiri apabila berjaya …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *