Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan JDT vs Balestier Khalsa FC

Keputusan JDT vs Balestier Khalsa FC

Keputusan JDT vs Balestier Khalsa FC 12 Mei 2015. JDT muncul juara kumpulan F setelah menewaskan kelab dari Singapura dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang separuh masa pertama sebelum Safee Sali yang masuk selaku pemain gantian menjaringkan gol pada minit ke 76. Safiq Rahim menambah gol kedua dengan rembatan kencang sebelum Luciano Figueroa mengesahkan mata penuh JDT dengan gol ketiga pada minit terakhir permainan.

Dengan muncul selaku juara kumpulan , JDT bakal berdepan naib juara kumpulan H pada peringkat 16 terbaik  nanti. Turut layak ke suku akhir dari kumpulan F mengiringi JDT adalah kelab Hong Kong Kitchee SC.

Dibawah adalah carta kedudukan setelah tamat semua perlawanan kumpulan F

Carta Kumpulan F Piala AFC
Carta Kumpulan F Piala AFC

 

 

Check Also

Keputusan Felda United vs Ceres Negros

Siaran Langsung Keputusan Felda United vs Ceres Negros

Siaran Langsung Keputusan Felda United vs Ceres Negros 4 April 2017. Hari ini berlangsung perlawanan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *