Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan JDT vs Balestier Khalsa FC Piala AFC 2015

Keputusan JDT vs Balestier Khalsa FC Piala AFC 2015

Keputusan JDT vs Balestier Khalsa FC Piala AFC 2015. JDT mengutip mata penuh dalam aksi kedua mereka dalam AFC Cup kumpulan F apabila menewaskan kelab dari Singapore, Balestier Khalsa FC 1-0 di Stadium Jalan Besar hari ini ( 10.3.2015 ).

Gol kemenangan JDT terhasil pada waktu kecederaan melalui Asraruddin Putra Omar selepas mendapat umpanan dari Hariss Harun. Dalam perlawanan ini , JDT turun tanpa Farizal Marlias serta tonggak import, Marcos Antonio dan Luciano Figueroa mampu menyerap asakan pasukan Balestier Khalsa.

Namun kemasukan Safiq Rahim, S Kunanlan dan pemain kebangsaan Singapura, Hariss Harun sebagai pemain gantian merubah corak permainan mereka untuk sehingga berjaya menghasilkan gol penting pada minit akhir.

JDT kini mengumpul enam mata selepas menang dalam perlawanan pertama keatas kelab India, East Bengal 4-1  di Larkin, 24 Februari lalu. Untuk perlawanan ketiga , JDT akan bertemu Kitchee FC di Stadium Mongkok, Hong Kong, 17 Mac 2015.

JDT kini berada pada kedudukan teratas kumpulan F setelah pencabar terdekat , kelab Hong Kong, Kitchee FC sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang East Bengal dalam satu lagi perlawanan.

AFC Cup 2015 keputusan JDT vs Balestier Khalsa FC
AFC Cup 2015

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *