Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Ibercup Costa Del Sol 2015

Keputusan Ibercup Costa Del Sol 2015

Keputusan Ibercup Costa Del Sol 2015 NFDP Malaysia B-13. Mungkin ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini skuad bawah 13 tahun bimbingan Lim Teong Kim yang kini sedang beraksi di Kejohanan Ibercup Costa Del Sol 2015 di Sepanyol. Pasukan NFDP Malaysia ini mempunyai rekod cemerlang sepanjang edisi perlawanan persahabatan dan diteruskan sehingga ke Ibercup Costa Del Sol 2015.

Iber cup 2015
Iber cup 2015

Dalam kejohanan Ibercup , pasukan bawah 13 tahun NFDP ini telah pun melangkah ke peringkat separuh akhir dimana mereka bakal berdepan Sevilla FC pada 26 jun 2015 ( waktu tempatan Sepanyol ). Terdahulu dalam saingan suku akhir mereka menewaskan pasukan FC Barreirense 5-0.

Dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini dimana NFDP Malaysia B-13 berada dalam kumpulan D dan muncul selaku juara kumpulan dengan menang semua perlawanan. Dibawah adalah keputusan perlawanan peringkat kumpulan mereka.

Ibercup 2015 Malaysia bawah 13 result
Ibercup 2015 Group F Standing

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN NFDP MALAYSIA B-13
vs Atletico Madrid 1-0
vs SL Olivais 2-0
vs CF “Os Belenenses” G 1-0

Pada peringkat suku akhir mereka menewaskan FC Barreirense 5-0

Keputusan Separuh Akhir

NFDP MALAYSIA vs SEVILLA FC 0-0 ( NFDP menang penalti 7-6 dan layak ke final )

Keputusan Final

NFDP MALAYSIA vs SPORTING CP 2-1 ( Malaysia muncul juara Ibercup bawah 13 tahun  )

Nota : Skuad bawah 13 tahun ini merupakan skuad dibawah National Football Development Programme Malaysia atau Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia.

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *