Home » Info Sukan » Keputusan Final Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor

Keputusan Final Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor

Keputusan Final Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor. Ibarat perlawanan ulangan tahun lalu, perlawanan akhir membabitkan Kedah dan Selangor pada 30 Oktober 2016 pasti menjanjikan aksi sengit. Pasukan mana yang akan bergelar juara dalam edisi ke 90 Piala Malaysia ini.

Kedah memburu kejuaraan setelah tahun lalu dikecewakan Selangor dimana kali terakhir mereka menjulang Piala Malaysia pada tahun 2008. Bagi Selangor misi mereka pastinya mempertahankan kejuaraan dengan turut mengejar misi 34 kali juara sepanjang saingan Piala Malaysia. Aksi final Piala Malaysia 2016 menjanjikan sesuatu yang menarik dengan lebih 70 ribu penyokong akan membanjiri Stadium Shah Alam. Perlawanan turut disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Keputusan Final Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor
Final Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor di Stadium Shah Alam pada 30.10.2016 – sumber gambar Bernama

Separuh masa pertama kedua pasukan gagal menjaringkan gol walaupun berjaya membuat beberapa cubaan kearah pintu gol. Namun memasuki separuh masa kedua, Rizal Ghazali menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-51 dengan menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Khairul Azhan. Namun tidak lama selepas itu Ahmad Hazwan Bakri membalas jaringan pada minit ke 59 menjadikan kedudukan kembali terikat.

Perlawanan sebenar 90 minit berkesudahan dengan terikat 1-1 dan perlawanan final Piala Malaysia 2016 berlanjutan ke masa tambahan. Namun tiada sebarang jaringan berjaya dilakukan sepanjang 30 minit masa tambahan. Perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti.

Kedah 1 Selangor 1 ( extra time 0-0 / penalti 6-5 )

KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA 2016 

 

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *