Home » Info Sukan » Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung aksi kemuncak Piala FA Malaysia 2017. Pertemuan Pahang dan Kedah di Stadium Shah Alam sudah pasti dinantikan oleh penyokong dan seluruh rakyat Malaysia. Keputusan final Piala FA 2017 sudah pasti dinantikan.

Keputusan Final Piala FA 2017
Keputusan Pahang vs Kedah

Perlawanan akhir atau final ini disaksikan lebih 80 ribu penonton di Shah Alam dengan juara sudah pasti menjadi wakil Malaysia dalam aksi Piala AFC 2018.

Keputusan Final Piala FA 2017

Pasukan Kedah mendahului pada minit ke 20 menerusi penyerang Ken Ilso Larsen. Namun pada minit ke 33 Pahang terpaksa bermain 10 orang apabila Francisco Insa dibuang padang akibat kad merah. Keadaan ini membolehkan Kedah menambah jaringan menerusi Baddrol Bakhtiar sebelum pemain pertahanan Pahang Heo Jae Won merapat jurang untuk separuh masa pertama berkesudahan dengan kedudukan 1-2.

Separuh masa kedua menyaksikan Pahang kembali bangkit dengan menguasai perlawanan namun kelekaan menyaksikan Kedah menambah jaringan menerusi Baddrol Bakhtiar pada minit 73. Sumareh kembali menghidupkan peluang Pahang dengan jaringan pada minit ke 80 namun keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Pahang 2 Kedah 3

Perlawanan Final Piala FA Pahang vs Kedah ini disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *