Home » Info Sukan » Keputusan Final Piala Asia 2015

Keputusan Final Piala Asia 2015

Keputusan Final Piala Asia 2015 Australia vs Korea Selatan. Australia mencipta sejarah apabila menjuarai Piala Asia 2015 atau AFC Asian Cup buat pertama kali semenjak menyertai AFC pada tahun 2006. Australia menewaskan Korea Selatan dalam perlawanan akhir yang berlarutan sehingga masa tambahan.

Pada perlawanan akhir ini , Australia mendahului pada minit ke-44 hasil jaringan Massimo Luongo dan kedudukan kekal sehingga penghujung perlawanan sebelum gol seminit sebelum masa sebenar tamat melalui Son Heung-Min menyelamatkan Korea Selatan dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Australia mengesahkan kejuaraan mereka menerusi jaringan Troisi pada minit ke 105 yang menerima umpanan dari Tomi Juric sekaligus muncul juara Piala Asia 2015 dihalaman sendiri.

Keputusan Final Piala Asia 2015
Pemain Australia meraikan gol jaringan pada minit 105 masa tambahan untuk mengesahan kejuaraan Piala Asia 2015 milik Australia dengan menewaskan Korea Selatan 2-1

Sehari sebelum final ini , UAE mengatasi Iraq 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

KEPUTUSAN PENUH AFC ASIAN CUP 2015

Champions : Australia
Runner Up : Korea Selatan
3rd Place    : UAE
4th Place    : Iraq

gambar milik Reuter

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *