Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Final Malaysia vs Thailand 17 Disember 2014

Keputusan Final Malaysia vs Thailand 17 Disember 2014

Keputusan Final Pertama Malaysia vs Thailand 17 Disember 2014. Thailand berjaya mengatasi Malaysia dalam aksi pertama final Piala AFF Suzuki di Stadium Rajamangala. Kebangkitan pada babak separuh masa kedua memberikan kelebihan dua gol sebagai bekalan perlawanan kedua yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember ini.

Malaysia yang menunjukkan tentangan pada separuh masa pertama mempunyai beberapa peluang terbaik mencari gol namun dinafikan oleh penjaga gol Thailand. Gol pertama terhasil pada minit 71 melalui Charyl Chappuis hasil sepakan penalti. Gol kedua Thailand melalui Kroekrit Thaweekarn empat minit sebelum tamat masa sebenar menamatkan cabaran Malaysia di Bangkok.

Masih ada 90 minit lagi pada perlawanan final kedua buat pasukan Harimau Malaya bangkit.

KEPUTUSAN 
THAILAND 2 MALAYSIA 0

Keputusan Final Malaysia vs Thailand 17 disember 2014

AYUH BANGKIT HARIMAU MALAYA

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *