Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Final Frenz International Cup 2015

Keputusan Final Frenz International Cup 2015

Keputusan Final Frenz International Cup 2015 SC Internacional vs Estudiantes. Pasukan dari Brazil , Internacional menjadi juara FIC 2015 setelah menewaskan kelab dari Argentina Estudiantes 3-2 dalam perlawanan akhir.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang Indonesia, Internacional terlebih dahulu membuka jaringan, minit ke-10, melalui Joao Pedro Viera yang  rembatan dari luar kotak penalti.

Estudiantes menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit 30 yang disempurnakan oleh Sosa Alejandro. Pada minit 65 sekali lagi Estudiantes dihadiahkan sepakan penalti dan kali ini disempurnakan oleh Cejas Bautista.

Internacional menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma Vieira, yang gagal dijangkau penjaga gawang, Frencesconi Estefano, m-68. Lapan minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Iago Borduchi muncul wira Internacional dengan meledakkan jaringan kemenangan melalui rembatan dari kanan gawang.

Frenz International cup 2015 Final
Frenz International cup 2015 Final

Internacional yang menjuarai edisi kali ini membawa pulang wang tunai berjumlah USD50,000 (RM179,900) manakala Estudiantes meraih ganjaran, USD25,000 (RM89,900). FC Porto dan Valencia, yang tewas di pusingan separuh akhir membawa pulang, USD12,500 (RM45,000).

 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *