Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Final Badminton Terbuka China 2015

Keputusan Final Badminton Terbuka China 2015

Keputusan Final Badminton Terbuka China 2015. Dato Lee Chong Wei menunjukkan peningkatan apabila menjuarai kejohanan ini menewaskan pemain nombor satu dunia dari China iaitu Chen Long dalam perlawanan akhir.

Kejayaan LCW ini menyaksikan beliau menamatkan kemarau 13 tahun untuk pemain perseorangan lelaki dari Malaysia merangkul gelaran itu selepas kali terakhir melalui Wong Choong Hann pada 2002.

Dalam aksi di final itu, LCW menewaskan Chen Long dengan keputusan straight set 21-15 dan 21-11 dalam masa 50 minit.

Lee Chong Wei vs Chen Long
Lee Chong Wei vs Chen Long

Sebelum bertemu Chen Long, Lee Chong Wei menewaskan pemain nombor dua dunia Jan O Jorgensen pada peringkat suku akhir sebelum menang keatas Lin Dan di separuh akhir.

KEPUTUSAN PENUH FINAL

Perseorangan Lelaki – Lee Chong Wei (MAS) mn Chen Long (CHN) 21-15, 21-11

Beregu Lelaki – Kim Gi Jung/Kim Sa Rang (KOR) mn Chai Biao/Hong Wei (CHN) 21-13, 21-19

Perseorangan Wanita – Li Xuerui (CHN) mn Saina Nehwal (IND) 21-12, 21-15

Beregu Wanita – Tang Yuanting/Yu Yang (CHN) mn Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (JPN) 18-21, 21-13, 21-12

Beregu Campuran – Zhang Nan/Zhao Yunlei (CHN) mn Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN) 21-19, 17-21, 21-19.

Check Also

Keputusan Final Piala FA 2017

Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung aksi kemuncak Piala FA Malaysia 2017. Pertemuan Pahang dan Kedah di Stadium …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *