Home » Info Sukan » Keputusan EPL 22 Mac 2015

Keputusan EPL 22 Mac 2015

Keputusan EPL 22 Mac 2015. Menuju ke penghujung musim yang semakin hampir, EPL menjanjikan persaingan yang sengit terutama pemburuan empat tempat teratas carta liga kerana semua kelab memang mengimpikan saingan Liga Juara-Juara. Begitu juga kedudukan tangga kelima dan enam untuk saingan Piala Liga Europa.

Namun jangan dilupakan pada pemburuan kejuaraan liga dan persaingan kelab yang dalam zon penyingkiran. Walaupun kini Chelsea selesa mendahului enam mata di hadapan Man City, namun baki lapan lagi perlawanan juga mampu mengubah kedudukan andai prestasi tidak ditingkatkan. Arsenal juga pasti akan terus mengekalkan momentum kemenangan untuk pemburuan slot ke eropah dan andai ada magis mengondol kejuaraan itu satu bonus besar buat The Gunners.

Apa-apa pun kita lihat keputusan perlawanan pada 22 mac 2015 yang menyaksikan pertembungan klasik Liverpool vs Man Utd di Anfield. Begitu juga betapa Chelsea terpaksa berkerja keras untuk menumbangkan Hull City.

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 22.3.2015

Liverpool 1 Man Utd 2

Hull City 2 Chelsea 3

QPR 1 Everton 2

Keputusan EPL 22 Mac 2015
Liverpool v Manchester United – Barclays Premier League , – Gambar Oleh Reuter

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *