Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan EPL 1 Februari 2015

Keputusan EPL 1 Februari 2015

Keputusan EPL 1 Februari 2015. Cuma dua perlawanan yang berlangsung hari ini dengan selebihnya telah berlangsung pada 31 Jan ( keputusan disini ). Dua perlawanan hari ini membabitkan Arsenal vs Aston Villa dan Southampton vs Swansea.

Arsenal menang besar 5-0 mengatasi Aston Villa dan naik ke tangga kelima carta dengan 42 mata berkongsi mata dengan Southampton ditangga keempat dan satu mata dibelakang Man Utd di tangga ketiga.

Lima gol Arsenal dijaringkan oleh Olivier Giroud (minit 8) Mesut Özil (minit 56) Theo Walcott (minit 63) Santi Cazorla (mini 75-Penalti ) Hector Bellerin (minit 90).

Dalam satu lagi perlawanan , Southampton tewas kepada Swansea 0-1 dan ini memberi tekanan kepada mereka dalam misi mencari slot empat pasukan terbaik untuk saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan kerana pencabar seperti Arsenal, Liverpool dan Tottenham semakin menghampiri mereka.

KEPUTUSAN
Arsenal 5 Aston Villa 0
Southampton 0 Swansea 1

EPL BPL
Liga Perdana Inggeris EPL

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *