Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Champions League Chelsea Tersingkir

Keputusan Champions League Chelsea Tersingkir

Keputusan Champions League Chelsea Tersingkir. Dua lagi perlawanan berlangsung dalam peringkat 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah. Dua perlawanan yang telah berlangsung adalah pertemuan Chelsea vs PSG dan Bayern Munich vs Shakhtar Donetsk.

Dalam perlawanan di Stamford Bridge, Chelsea dan PSG sekali lagi mencatat keputusan seri namun peraturan gol tempat lawan menyaksikan Chelsea tersingkir dengan PSG mara ke peringkat sukuakhir UCL.

Chelsea mendahului pada minit 81 sebelum PSG menyamakan kedudukan 5 minit kemudian. Kedudukan terikat 1-1 dengan aggregat 2-2 memaksa perlawanan diteruskan ke masa tambahan. Chelsea sekali lagi mendahului menerusi sepakan penalti Eden Hazard pada minit 96. Ketika perlawanan seakan memihak tuan rumah,Thiago Silva menjadi wira PSG hasil jaringan pada minit 114 masa tambahan sekaligus mengikat kedudukan 2-2 dan layak atas kelebihan gol tempat lawan.

Dalam satu lagi perlawanan , Bayern Munich berpesta gol apabila membenam cabaran kelab dari Ukraine, Shakhtar Donetsk 7-0. Dalam perlawanan pertama kedua pasukan sekadar seri tanpa jaringan. Bayern layak ke peringkat suku akhir dengan aggregat 7-0.

UEFA champions league UCL
UEFA champions league UCL

KEPUTUSAN PENUH UEFA CHAMPIONS LEAGUE
Chelsea (ENG) 2 (Cahill 81, Hazard 96-pen) Paris Saint-Germain (FRA) 2 (Luiz 86, Thiago Silva 114)

Agregat 3-3 . PSG layak berdasarkan gol di tempat lawan

Bayern Munich (GER) 7 (Mueller 4-pen, 51, Boateng 34, Ribery 49, Badstuber 63, Lewandowski 75, Goetze 87) Shakhtar Donetsk (UKR) 0

Bayern Munich layak dengan agregat 7-0

Check Also

UEFA CHAMPIONS LEAGUE UCL

Keputusan UCL Liga Juara-Juara Eropah 15 September

Keputusan UCL Liga Juara-Juara Eropah 15 September. Saingan peringkat kumpulan bolasepak eropah UEFA Champions League …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *