Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Brazil vs Jerman Piala Dunia 2014 Separuh Akhir

Keputusan Brazil vs Jerman Piala Dunia 2014 Separuh Akhir

Keputusan Brazil vs Jerman Separuh Akhir Piala Dunia 2014 , Result Brazil vs Germany World Cup Semi Finals , Keputusan Jaringan – Diatas kertas dan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014 , Brazil menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan separuh akhir ini. Namun prestasi diatas padang ketika perlawanan pasti merubah keputusan pilihan diatas kertas perlawanan Brazil vs Jerman. 
Perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 yang membabitkan Brazil vs Jerman ( Germany ) ini mencipta kejutan bukan siapa yang menang tapi jumlah jaringan besar yang diciptakan. Ternyata Germany membuktikan mereka sememangnya pasukan terbaik didunia sekarang apabila menewaskan Brazil dengan keputusan 1-7. Jerman menjaringkan lima gol pantas separuh masa pertama dan dua gol lagi pada separuh masa kedua. Gol Brazil cuma tercipta pada lewat permainan minit ke 90.
Thomas Muller menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 11 sebelum Jerman memulakan pesta gol dalam masa 7 minit pada minit 23 , 24 , 26 dan 29 yang dimulakan dengan jaringan Klose pada minit 23. Dua gol Toni Kroos pada minit 24 dan 26 sebelum Sami Khedira menjaringkan gol ke lima pada minit 29.
Andre Schurrle yang masuk mengantikan Klose pada minit 58 , menambah lagi derita Brazil apabila menjaringkan gol pada minit 69 dan 79. Jaringan saguhati Brazil cuma hadir pada minit akhir melalui Oscar.
KEPUTUSAN PENUH 
BRAZIL 1 JERMAN 7

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *