Breaking News
Home » Info Hiburan » Keputusan Bintang RTM 2012 Akhir

Keputusan Bintang RTM 2012 Akhir

Keputusan Bintang RTM 2012 Akhir | Aisha Juara Bintang RTM 2012 – Bintang RTM adalah antara pertandingan mencungkil bakat baru dunia nyanyian tertua di Malaysia. Pada 8 Julai 2012 telah berlangsung pertandingan peringkat akhir bagi Bintang RTM 2012. Seramai enam peserta bersaing dalam peringkat akhir.

Dalam saingan peringkat akhir itu , peserta dari Kuantan , Pahang  Aisha Masnamimi Safia, 23, muncul juara Bintang RTM 2012 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan sebuah kereta Chery Tiggo bernilai RM79,000. Tempat kedua menjadi milik Fitri Hakim Omar Walid dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.Tempat ketiga pula diraih oleh Mohd. Hafsyam Noordin, 25, yang membawa pulang wang tunai RM5,000. Aisha turut dipilih sebagai pemenang kategori Bintang Paling Popular berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat dan menerima wang tunai RM5,000.

Bagi kategori persembahan terbaik dimenangi oleh Christine Chua Yea En, 16, dari Sarawak.

Check Also

peserta Mentor Milenia 2017

Senarai Peserta Mentor Milenia 2017 TV3

Rancangan rialiti TV terbitan TV3 kini kembali untuk musim kedua. Setelah selesai sesi ujibakat kini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *