Home » Info Sukan » Keputusan Bayern Munich vs Barcelona

Keputusan Bayern Munich vs Barcelona

Keputusan Bayern Munich vs Barcelona. Awal pagi tadi waktu Malaysia berlangsung perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah atau UEFA Champions League yang membabitkan juara Bundesliga Bayern Munich dan La Liga Barcelona di Allianz Arena. Untuk rekod perlawanan pertama di Nou Camp Barca menang 3-0.

Dengan bekalan selesa hasil kemenangan pertama di halaman sendiri , menyaksikan Barcelona bertandang ke Munich selaku pilihan untuk menang namun cabaran berbeza apabila mereka tewas 3-2. Namun tetap layak ke final dengan aggregat 5-3.

Bayern Munich vs Barcelona UCL semi finals
Bayern Munich vs Barcelona UCL semi finals – Gambar EFP

Dalam aksi sengit di Allianz Arena ini, Bayern terlebih dahulu dihadapan hasil jaringan Medhi Benatia pada minit ke 7 sebelum dua gol Neymar pada minit ke 15 dan 29 meletakan Barcelona selesa mendahului hasil kiraan aggregat.

Dengan ketinggalan jauh , Bayern cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan dua jaringan menerusi Robert Lewandowski pada minit ke 59 dan Thomas Mueller pada minit ke 74 namun semua sudah terlewat untuk mereka tewas dengan aggregat 5-3.

Barcelona layak ke final Liga Juara-Juara dan bakal menanti pemenang antara Real Madrid vs Juventus yang akan berlangsung hari ini.

BAYERN MUNICH 3 BARCELONA 2

( Barca wins aggregat 5-3 )

Check Also

UEFA CHAMPIONS LEAGUE UCL

Keputusan Champions League UCL 2016/2017

Keputusan Champions League UCL 2016/2017. Pasti ramai peminat bolasepak eropah di Malaysia terutama membabitkan aksi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *