Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Basikal Pecut Lelaki Sukan Asia Incheon 2014

Keputusan Basikal Pecut Lelaki Sukan Asia Incheon 2014

Keputusan Basikal Pecut Lelaki Sukan Asia Incheon 2014 – Nampaknya , Azizulhasni Awang berada pada landasan dan prestasi terbaiknya apabila melangkah ke separuh akhir berbasikal trek Sukan Asia Incheon 2014. Azizulhasni Awang layak ke peringkat separuh akhir acara pecut individu lelaki.
Dalam saingan suku akhir pecut individu lelaki , Azizulhasni menewaskan peserta dari Korea Selatan , Im Chae Bin dengan mencatat masa 10.567 dan 10.37 saat. Azizulhasni bakal berdepan peserta Jepun , Tomoyuki Kawabata dalam peringkat separuh akhir.
Rakyat Malaysia pasti mengharapkan agar Azizulhasni Awang mampu mencipta kejutan dalam acara berbasikal trek pecut individu ini. Semoga ada kilauan emas melalui berbasikal trek walaupun lawan bukanlah mudah. 
keputusan berbasikal Sukan Asia incheon 2014
Dalam acara pecut berbasikal individu wanita , pemenang pingat perak keirin, Fatehah Mustapha layak ke peringkat suku akhir apabila menduduki tangga kelima dalam pusingan kelayakan. Semoga Fatehah juga mampu mencipta kejutan melalui acara ini seperti yang dilakukan dalam acara keirin. 
Malaysia Boleh !! Semarakan semangat Malaysia Boleh di Sukan Asia Incheon 2014.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *